Seronoknya Merasai Penginapan Mewah di Grand Alora Hotel, Alor Setar, Kedah

Grand Alora Hotel, Alor Setar
Tu dia! Dia mai dah, dia mai dah! Eh, apa yang dah mai? Apa lagi kalau bukan mood bercuti.

Oppss, tertukar loghat plak.

Hihi. Bukan apa, seronok tau bercuti dekat Kedah ni. Lagipun bahasa dorang memang sempoi walaupun nampak macam kasar (Iera orang Johor).

Selain popular dengan hamparan sawah padi yang sangat luas, di Kedah juga terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Jadi, ke manakah kita ni?

Jom kita jejak ke Alor Setar. Tapi sebelum nak menjelajah ke Alor Setar, kenalah cari tempat penginapan yang selesa kan. Untuk post kali ni, Iera nak share tentang Grand Alora reviews dengan korang dan pasti akan menarik perhatian korang untuk bercuti ke sini. Teruskan membaca ya!

Haaa, jika korang mendambakan percutian mewah dan penginapan moden di tengah bandar raya Alor Setar ni, bolehlah singgah bermalam di Grand Alora Hotel.

Bilik Utama Grand Alora Hotel, Alor Setar

Ruang Tamu Grand Alora Hotel, Alor Setar

Bagi pengetahuan korang, tempat penginapan ni merupakan satu-satunya hotel bertaraf lima bintang di negeri Kedah, selain Pulau Langkawi. Hotel yang terletak di kawasan Mergong ni juga sangat strategik kerana selain korang boleh menikmati permandangan laman sawah padi yang luas terbentang hanya dari tingkap bilik saja, ia juga terletak berhadapan dengan Tesco Mergong.

Jadi, memandangkan lokasinya berdekatan dengan shopping mall, amat mudahlah bagi pengunjung untuk ke sana membeli barangan keperluan diri atau membeli belah. Agak-agak kalau malas nak drive, berjalan kaki pun boleh. Sangat dekat!

Selain itu, terdapat juga banyak kemudahan yang ada di sekeliling bangunan tempat penginapan ni termasuklah pelbagai gerai makanan tempatan yang membolehkan pelancong merasai keenakan aneka juadah, selain menikmati menu yang disajikan di hotel.

Dah pergi ke tempat orang mestilah kena cuba makanan tempatan mereka kan? Kalau tidak, rasa macam tak lengkap saja percutian tu.

Antara makanan tempatan yang popular dekat Alor Setar ni adalah seperti apam lenggang, peknga, pulut udang, roti hamlet, nasi kuning dan lain-lain lagi.

Jika korang menggemari makanan laut pula, boleh juga berkunjung ke Kota Kuala Kedah yang menawarkan pelbagai makanan segar pada harga yang sangat berpatutan. Dah kenyang perut barulah boleh suka hati. Hee.

Kalau korang nak tahu, Grand Alora ni mempunyai 235 bilik yang terdiri daripada lapan jenis bilik iaitu superior, deluxe, junior suite, junior deluxe suite, deluxe suite, executive suite, executive family suite dan grand Alora suite.

Ruangan setiap biliknya sangat selesa walaupun tidak terlalu luas dan seperti kebanyakan tempat penginapan yang lain, Grand Alora Hotel juga turut menyediakan kemudahan peti sejuk, seterika, cerek elektrik, coffee bar dan lain-lain lagi.

Antara fasiliti lain yang disediakan juga adalah Restoran Lengkuas dan Dao Sheng yang mempunyai sijil halal daripada Jakim yang menawarkan pelbagai makanan tempatan, barat dan Cina dengan harga berpatutan.
Kolam Renang Grand Alora Hotel, Alor Setar, Kedah
Selain itu, hotel ni juga mempunyai kemudahan spa, gimnasium dan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak serta surau untuk pengunjung. Haaa, bolehlah korang melakukan beberapa aktiviti menarik di sini.

Tambahan lagi, selain menjadi pilihan pelancong, ia juga menjadi pilihan panjawat awam untuk menganjurkan seminar, mesyuarat dan majlis korporat.

Nak buat lawatan ke tempat-tempat menarik di kawasan sekitarnya juga sangat mudah seperti ke Menara Alor Setar, Masjid Zahir, Muzium Padi, Rumah Tunku Abdul Rahman, Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pekan Rabu.

Untuk pengetahuan juga, pihak hotel ni turut menawarkan pakej perkahwinan Melayu dengan pelbagai kemudahan disediakan seperti penginapan untuk pengantin, dewan, kek mini sebagai cenderahati kepada tetamu, dekorasi asas dan makanan.

Yang paling best, pakej perkahwinan Cina pun turut ditawarkan. Haaa, ala-ala satu Malaysia gitu jah!
Layanan Staf di Grand Alora Hotel, Alor Setar, Kedah
Apa yang paling penting, layanan yang diberikan oleh staf-staf di sini sangat terbaik. Kau akan rasa macam masuk istana tau, dilayan ala-ala anak raja. Haaa, best kan?

Masih was-was lagi ke nak stay dekat sini? Hmm, kalau masih was-was korang boleh tengok sendiri review yang diberikan oleh orang lain. Iera yakin dan pasti semua Grand Alora reviews yang diberikan adalah sangat positif. Sebab apa? Sebab tempat penginapan ni memang awesome wei! Hihi.

Okay, selamat berseronok.

3 thoughts on “Seronoknya Merasai Penginapan Mewah di Grand Alora Hotel, Alor Setar, Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.