Violet Lim Tubuhkan Syarikat Lunch Actually Bagi Memudahkan Seseorang Temui Jodoh

Violet Lim Tubuh Lunch Actually Temui JodohPuan Violet Lim, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga co-founder Kumpulan Lunch Actually yang diasaskan pada tahun 2004.

Kemahiran & kepakarannya menjodohkan orang lain diiktiraf dimana beliau merupakan ‘certified matchmaker’ yang ditauliahkan oleh Matchmaking Institute New York.

Beliau melihat ia sebagai satu peluang perniagaan dalam dunia yang kompetitif di mana kehidupan profesional yang sibuk dengan kerja dan kurang masa untuk bersosial.

Melalui penilaian yang dibuat pada keluarganya, teman dan rakan- sekerja yang mengadu tidak punyai masa untuk bercinta kerana jadual yang terlalu sibuk, memberi lebih kenyakinan kepada Violet.

Oleh itu, beliau mula menubuhkan sebuah syarikat mencari jodoh sendiri dipanggil Lunch Actually pada tahun 2004 bersama tunangnya, yang kini merupakan suaminya, Mr Jamie Lee.




Lunch Actually No. 1 Menguruskan Jodoh di Asia

Apa yang beliau usahakan selama ini kini membuahkan hasil.

Kini Lunch Actually merupakan syarikat terbesar nombor 1 di Asia yang telah membantu menguruskan lebih 90,000 temujanji dengan 85% kejayaan mempertemukan jodoh di seluruh asia.

Ia telah menjadi peneraju syarikat temujanji terbesar di Asia dan mempunyai pejabat di Singapura, Hong Kong, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Jakarta dan Bangkok
Lunch Actually
Ketika ramai masih mengharapkan temujanji atas talian (online dating) bagi membantu seseorang meluaskan lingkaran sosial mereka dengan lebih mudah.

Ia secara tidak langsung memberi ‘terlalu banyak pilihan’ hingga menyukarkan seseorang itu membuat pilihan. Dalam mencari pasangan hidup kita bukannya memandang pada kuantiti, tetapi pada kualiti.

Dengan perkhidmatan luar talian (offline) Lunch Actually membantu anda dipadankan dengan pasangan yang bersesuaian untuk temujanji pertama. Sekaligus, memudahkan ‘kerja’ anda tanpa membuang banyak masa untuk menapis pilihan yang tidak sesuai/serasi dengan anda.

Lunch Actually juga sentiasa fokus kehadapan untuk memperkembangkan perkhidmatannya lebih luas dalam pasaran di rantau ini. Oleh itu, matlamat hidup Violet adalah untuk mendapatkan 1 juta pasangan berkahwin yang bahagia melalui khidmat yang ditawarkan oleh Lunch Actually.

Untuk maklumat lanjut mengenai atau ingin mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka, anda boleh layari www.lunchactually.com

2 thoughts on “Violet Lim Tubuhkan Syarikat Lunch Actually Bagi Memudahkan Seseorang Temui Jodoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge