Hujung minggu dapat luangkan masa dengan anak-anak memang sesuatu yang amat berharga, lebih-lebih lagi bila dapat bawa mereka ke tempat yang mampu beri mereka kepuasan bermain sambil belajar.
Peluang ini, tidak dapat Iera lepaskan bila dapat merasai satu pengalaman berharga bersama mereka di The Parenthood, Sunway Pyramid.
Kini, The Parenthood sudah berusia setahun di Malaysia.
Sejak Taman Keluarga London Street diperkenalkan di Malaysia setahun yang lalu di Sunway Putra Mall, reputasi The Parenthood kini semakin meningkat dan terkenal sebagai hub keluarga setempat yang menawarkan pelbagai aktiviti hiburan dan pendidikan untuk seisi keluarga.

Menurut CEO The Parenthood, Mr Leroy Lee,
The Parenthhod berasa gembira untuk berkongsi keseronokkan dan pengalaman bersama keluarga di Malaysia.
Dengan kesibukkan hidup diharapnya The Parenthood akan menjadi hub keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan mengembangkan lagi minda kanak-kanak dengan pelbagai aktivit menarik yang disediakan.
Tidak dapat dinafikan, aktiviti yang disediakan disini dapat menjauhkan mereka dari gadget dan sentiasa aktif bermain dimana ibubapa masih mampu berehat sambil memantau pergerakan si anak tadi.
Nampak tak bertapa terujunya mereka berdua?
Di sini, terdapat pelbagai jenis produk dan perkhidmatan ditawarkan bagi memenuhi keperluan kedua-dua ibu bapa dan anak-anak mereka. Ianya sentiasa bertambah dari masa ke semasa.
Anda boleh perolehi bermacam-macam produk dari 45 peruncit yang terdapat disini dimana mereka menawarkan produk penjagaan bayi, mainan, pakaian, alat tulis, bahan-bahan pendidikan dan banyak lagi.
Zac & Zibbo Kids Gym @ The Parenthood, Sunway Pyramid

Kini, The Parenthood memperkenalkan Zac & Zibbo Kids Gym dimana ia gym khas untuk kanak-kanak.
Rekaan dalamannya yang mesra kanak-kanak dan peralatannya juga direka khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak disini.
Bagaimanapun, Waktu masuk ke gym ini terbahagi kepada 3 peringkat usia iaitu 18 bulan – 3 tahun, 4-6 tahun, dan 6-12 tahun.
Maka anda tidak perlu risau jika membenarkan anak anda berada di gym ini kerana mereka akan lebih aktif dan selesa bila meluangkan masa dengan rakan seusia mereka.
Harga yang dikenakan sekiranya anda ingin menghantar anak anda ke sini.
Deposit hanya RM270 bersama yuran tahunan sebanyak RM200 dan anda boleh pilih plan yang bersesuaian untuk anak anda. Yang menariknya, kelas pertama adalah PERCUMA.
Nak lagi menarik, bagi setiap ahli Parenthood Wellness, anda layak untuk menikmati diskaun 10% untuk anak pertama yang mendaftar dan 15% untuk anak yang ke-2 serta seterusnya.
Sesambil anak bermain di Zac & Zibbo Kids Gym, ibu bapa boleh luangkan masa di WiO Express Power Plate Hub untuk memastikan anda punyai masa untuk bersenam & sentiasa cergas.
Mesin yang disediakan disini menceccah RM80,000.
Dengan yuran serendah RM1,300 untuk 6 bulan. Anda akan mendapat bimbingan dari jurulatih persendirian di sini.
Buat pembaca blog ini, anda boleh nikmati 20% DISKAUN untuk setiap pendaftaran keahlian atau mana² pakej , dengan menggunakan kod KKW14 .
Tawaran ni sah sehingga 30 Jun 2017 sahaja. Jangan lepaskan peluang ini 😉
Untuk maklumat lanjut layari anda boleh layari laman www.theparenthood.com.my atau datang sendiri ke
The Parenthood
1st Floor, Sunway Pyramid West, Sunway Pyramid Shopping Mall,
No.3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Mazni Azmi
Bagus tempat ni. Dekat dengan kemudahan awam
.
BRT pun dekat kan
Mazni Azmi recently posted..7 Rahsia Menjaga Buah Pinggang Sihat & Vivix
Zac & Zibbo Kids Gym Di The Parenthood, Sunway Pyramid
[…] Puan Isteri sentiasa bertanya, bila nak bawa anak-anak bermain di The Parenthood setiap kali kami ke Sunway […]
Mama Hakim
Anak mama memang suka main dalam kawasan macam ni
.
Terutama yang di kawasan terbuka
Mama Hakim recently posted..4 Pola Makan & Diet Sihat untuk Mengawal Diabetes
Ibu zaid
Anak anak ibu memang pantang jumpa taman mainan
Alamat tak balik rumah
Ibu zaid recently posted..Kawal Diabetes Ibu Mengandung Dengan Cara Ini