Yes, Iera dah jumpa lokasi menarik yang mampu memberi kelainan ketika berbuka puasa pada bulan Ramadan kali ini pada harga yang cukup menarik.
Anda boleh masukan dalam checklist anda lokasi berbuka puasa di Streat Thai @ Jaya One, Petaling Jaya dimana Bufet Ramadan boleh didapati serendah RM39.90 seorang.
Terdapat lebih daripada 60 menu untuk anda nikmati yang kebanyakannya menu dari Thailand.
Maka tidak perlu anda ke Thailand semata-mata untuk berbuka puasa jika tekak anda sendiri teringin menikmati hidangan yang menyelerakan dari negara berkenaan.
Lokasinya terletak di Jaya One, Petaling Jaya merupakan lokasi yang agak strategik selepas anda habis bekerja untuk berbuka puasa dan menghabiskan masa meredah jem untuk berbuka di rumah.
Bufet Ramadan 2017 di Streat Thai @ Jaya One
Boleh dikatakan Streat Thai di Jaya One ini lokasi yang sesuai untuk anda seisi keluarga atau bersama kawan-kawan meluangkan masa berbuka bersama.
Dengan hidangan seperti kambing BBQ, ikan, daging dan makanan laut segar yang dimasak dengan resepinya tersendiri mampu memberi anda lebih pilihan.
Yang pasti, hidangan disini 100% resepi tradisional Thai.
Itu baru gambar secara rambang, dibawah ini Iera nak kongsikan beberapa menu yang mungkin sukar untuk anda temui ditempat lain.
Bila sebut pasal masakan thai, pasti tom yam dan pulut mangga sahaja berlegar di fikiran anda. Sebenarnya banyak lagi yang anda / mahupun diri Iera sendiri tidak pernah rasa.
Memang berbaloi sekali sekala berbuka puasa di Streat Thai @ Jaya One yang pasti mampu memberi kelainan kepada anda ketika berbuka puasa di bulan Ramadan nanti.
Harga Promosi Bufet Ramadan 2017 di Streat Thai @ Jaya One
Berita baik buat pembaca blog ini, anda boleh nikmati harga promosi RM39.90++ seorang bagi Bufet Ramadan 2017 di Streat Thai @ Jaya One.
Syaratnya?
Kena buat tempahan 7 hari awal dari tarikh anda untuk datang berbuka disana. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian telefon +603-7496-1297.
Harga asal ; RM49.90++ (kanak-kanak 6 – 12 tahun : RM19.90++)
Waktu bufet ini beroperasi dari pukul 7 malam hingga 9.30 malam.
Sekiranya anda ingin berbuka puasa atau sekadar datang makan, anda boleh datang ke :-
Streat Thai
(Jaya One) 100-G.001 The School
No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia
Facebook : www.facebook.com/streatthai
Instagram : www.instagram.com/streatthai
Laman Web : www.eatatstreat.com
Dilla
sedap kan makan di Restoran Streat Thai… dah lah harga murah 🙂
Mama Hakim
Tak kalah lauk pauk kat sini kalau nak dibandingkan dengan di bazir ramadhan kan
Banyak pilihan
Mama Hakim recently posted..21 Bahan Bahaya Produk Kulit & Cantik Penyebab Kanser!
Ibu Zaid
Nasi goreng tom yam pun ada
Memang kena cuba ni
Ibu Zaid recently posted..Betul ke Pakai Krim Siang Malam Bagus Untuk Kulit Cantik?
Mazni Azmi
Sejak masuk puasa ni tak sempat update ya sis
Hehe
Sibuk benar tu
Mazni Azmi recently posted..Punca Sakit Buah Pinggang. Awas kencing pekat & berbuih!
Cik Ash
Sedap2 makanan thailand..