Museum Of Illusions Kuala Lumpur @ Bukit Bintang

Museum of Illusions, Kuala Lumpur
Dah lama Iera tak berpeluang meluangkan masa bersama keluarga. Kali ini, kami ke Museum of Illusions yang terletak tingkat 2, Ansa Hotel Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Museum of Illusions merupakan rantaian muzium ilusi yang berkembang pantas di dunia, kini memilih Malaysia sebagai cawangan pertamanya di Asia.

Menghimpunkan satu-satunya koleksi ilusi optik terbesar dari seluruh Asia untuk dipertontonkan bagi meransang visual dan deria pengunjung yang datang ke sini.

Museum of Illusions, Kuala Lumpur





Museum of Illusions, Kuala Lumpur

Berasal dari Zagreb, Crotia Museum of Illusions ni ialah muzium interaktif yang menawarkan visual illusi menarik, dan juga ada elemen pendidikan yang sesuai dengan semua peringkat umur.

Anak-anak tertarik sangat dengan beberapa aktiviti yang ditawarkan di sini.

Terutamanya aktiviti berkaitan dengan warna dan puzzle yang melibatkan pendidikan. Jangan kata mereka, Iera sendiri pun teruja & banyak menghabiskan masa di bahagian ini berbanding dengan bahagian lain.

Nampak mereka ralik bermain dengan puzzle yang mampu membantu perkembangan daya pemikirannya untuk menyelesaikan puzzle yang disediakan.

Museum of Illusions, Kuala Lumpur

Museum of Illusions, Kuala Lumpur

Museum of Illusions, Kuala Lumpur

Terdapat pelbagai jenis puzzle dipamerkan di sini untuk anda cuba. Dari puzzle yang kecil, sehingga kepada puzzle yang besar sama saiz dengan korang.

Ambil masa juga untuk Iera selesaikan puzzle ini. Memang mencabar. Tetapi korang jangan risau, akan ada staff yang akan guide korang dengan 1 or 2 langkah untuk membantu korang menyelesaikannya.

Memang sesuai sangat dijadikan aktiviti yang menjana minda + mengaktifkan sel-sel otak sekeluarga sekiranya ke sini.

Sebenarnya, terdapat lebih 70 pemeran illusi termasuklah bilik penyusuaian minda, ilusi optik, dan juga bilik mainan yang penuh teka teki dan puzzle!

Museum of Illusions, Kuala Lumpur

Direka khas berdasarkan ilmu sains, matematik, biologi dan psikologi,para pengunjung boleh mempelajari lebih banyak tentang visi, persepsi, sains dan sel-sel otak manusia berhubung memalui pameran yang sangat interaktif dan menyeronokkan ni.

Cer tengok gambar dekat atas? Nampak macam bergerak-gerak bukan?

Ada beberapa gambar macam tak nampak perbezaannya jika diambil dengan kamera. Bahkan ada gambar juga yang perlu diambil dengan kamera / telefon baru nampak apa yang ingin disampaikan.

Kalau nak tahu dan rasa sendiri. Korang memang kena mai sini.

Museum of Illusions, Kuala Lumpur

Museum of Illusions, Kuala Lumpur





Museum of Illusions, Kuala Lumpur

Museum of Illusions, Kuala Lumpur

Yang last itu, Iera tak berani nak masuk. Baru masuk sikit je terasa macam nak jatuh je. Kaki rasa tak stabil sedangkan yang bergerak hanya dinding keliling dan bukannya tempat yang dipijak.

Tapi, rugi kalau tak cuba hahaha (gelak jahat)

Untuk pengetahuan korang, Museum of Illusions dalam perancangan membuka 7 cawangan di seluruh dunia.

Cawangan di Eropah dan Timur Tengah telah dibuka, diikuti oleh Malaysia. Selebihnya akan dibuka di New York, Berlin, Dubai dan Toronto sebelum hujung tahun 2018.

Museum of Illusions, Kuala Lumpur

Sebelum balik, korang boleh membeli sebarang cenderamata di sudut yang disediakan. Kebanyakan adalah puzzle seperti yang dipamerkan di dalam Museum of Illusions.

Museum of Illusions, Kuala Lumpur

Museum of Illusions, ini terletak di Tingkat 1 & 2, Ansa Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam.

Tiket masuk berharga RM35 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak 15 tahun ke bawah). Untuk penjimatan, turut disediakan pelbagai pakej untuk keluarga, kumpulan besar atau rombongan sekolah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.museumofillusions.my atau hubungi talian +603-2110 2654.

2 thoughts on “Museum Of Illusions Kuala Lumpur @ Bukit Bintang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.