Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

PKPP antara lain membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti yang dilarang ketika PKPB akan dibenarkan.

“Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD”

Frontliner Rentas Negeri

Alhamdullilah.

Gembira tak terkata bila PM umum boleh rentas negeri. Masing-masing seronok kerja petang ni. Senyum jer.

Jaga diri yer kawan-kawan semua. Ikut SOP yang ditetapkan. Kita jaga kita. Sama-sama kita putuskan rangkaian covid19.