Ada berita baik buat peminat Nasi Lemak Marrybrown, dimana pihak Marrybrown telah mengumumkan bahawa tarikh 1 Ogos 2020 merupakan Hari Nasi Lemak Marrybrown (Marrybrown Nasi Lemak Day).

Sempena Hari Nasi Lemak Marrybrown ini,

Marrybrown akan menyediakan 10,000 Nasi Lemak MB secara PERCUMA kepada pelangannya bersama secawan Iced MILO (12oz) pada 1 Ogos 2020 seawal pukul 10 pagi disemua cawangan Marrybrown seluruh negara yang mengambil bahagian.

Rasa macam tak sabar je nak turut serta meraikannya.

Anda boleh rujuk cawangan Marrybrown yang terlibat di SINI, mana tahu ada cawangan Marrybrown berada berdekatan dengan anda.

10,000 Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA

10,000 Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA

10,000 Nasi Lemak MB PERCUMA akan disediakan di cawangan Marrybrown seluruh negara pada 1 Ogos 2020 bermula dari pukul 10 pagi. Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada mereka] yang datang dahulu (first come first serve basis) selagi stok masih ada.

Hanya SATU (1) Nasi Lemak MB dan Iced MILO (12oz) untuk setiap seorang pelangan untuk dituntut. Tawaran ini tidak sah bagi mereka yang menggunakan khidmat penghantaran (delivery).

Tiada bayaran dikenakan untuk Nasi Lemak MB (selagi ianya tidak mencecah 10,000 set), sekiranya anda inginkan extra sambal, RM1.00 akan dikenakan.

Bagaimanapun anda dikehendaki mematuhi SOP sepanjang PKPP dengan memakai penutup muka (face mask) ketika mengunjungi permis Marrybrown.

Pastikan anda menjaga jarak sosial ketika beratur mengambil Nasi Lemak MB Percuma. Jangan lupa untuk daftar masuk sebelum memasuki permis.

Nasi Lemak Marrybrown

Untuk pengetahuan anda, Nasi Lemak MB boleh didapati dari harga RM9.30 & didatangkan bersama :-

  • 1 Ketul MB Crispy Chicken
  • Nasi yang dimasak bersama santan & daun pandan
  • Sambal Marrybrown
  • Kacang
  • Ikan bilis
  • Pappadam
  • Hirisan Timun

Untuk maklumat lanjut mengenai menu & promosi dari Marrybrown,anda boleh layari https://marrybrown.com/