Majlis Tahun Baru Cina Bersama MiG

Suami Isteri Blogger - MiGCNY2014
Baru-baru ini, Iera berkesempatan untuk temani Encik Suami menghadiri Majlis Tahun Baru Cina dan Majlis Kesyukuran yang dianjurkan oleh Metrowealth International Group (MiG).

Dah lama tidak dapat hadiri event MiG sewaktu mengandung tempoh hari.

Selalu datang berdua, kali ini kami datang bertiga pula. Selamat Fisha tak buat perangai sewaktu berada disini.

Bersama David Teo - MiGCNY2014

Terima kasih Iera ucapkan kepada Mejar (K) David Teo sebab sudi bagi angpow kepada Fisha. Murah rezeki Fisha 🙂

Lagi murah, kalau Fisha diambil berlakon bila besar nanti.

Bak kata David Teo, Rezeki harus dikongsi.

Antara Selebriti yang sempat Iera temui

Bersama Diana Amer  - MiGCNY2014

Bersama Dina Nazir - MiGCNY2014

Bersama Zalif Sidek - MiGCNY2014

Bersama Ajak Shiro - MiGCNY2014

Bersama Nas Ahmad - MiGCNY2014

Kini MiG telah menerbitkan 100 buah filem dalam tempoh 14 tahun menjadikan ianya satu pencapaian yang cukup memberangsangkan bukan setakat di Malaysia mungkin di peringkat antarabangsa.

Paling ketara, sepanjang tahun 2013.

MiG telah mengungguli dengan kutipan melebihi 31% menerusi 17 buah filem yang ditayangkan – Paling cemerlang, Adnan Sempit 3, Minyak Dagu, Highland Tower dan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!

Bertandang Lagi Ke Teratak Che Mat Gebu

Tiffin Biru Che Mat Gebu 2013

Raya Qurban baru ini, kami suami isteri dapat meluangkan masa untuk beraya di Johor. Alhamdulillah tahun ini, Iera dapat cuti raya.

Dikesempatan ini, encik suami ajak Iera bertandang lagi ke rumah kenalan blogger – Che Mat Gebu yakni pemilik tiffin biru yang selalu berkongsi resepi di blog beliau.

Ini merupakan kali kedua kami singgah ke rumah beliau.

Kali pertama tahun lepas, bulan October juga. Datang berkunjung sambil menghulur kad jemputan ke majlis perkahwinan kami.

Alhamdulillah, beliau sudi juga datang dan mencemar duli ke majlis perkahwinan kami walaupun bergesel bahu dengan blogger lain, pasti dorang tak mengenali siapakah beliau.

Biarlah benda ini menjadi misteri….

Terima kasih sebab sudi menyediakan Laksa Kuala kepada kami.

 

Open House Bersama Altimet, Awi Rafael & Asmidar

20130826-123632.jpg

Baru-baru ini, Iera ikut encik suami ke open house Warner Music Malaysia di Restoran PickNik, Publika.

Dapat juga berbual-bual dengan artis seperti Altimet, Awi Rafael & Asmidar.

Agak kekok juga nak berbual dengan mereka. Lain la encik suami yang rancak berbual dan menemuramah dorang.

Disini Iera nak kongsikan beberapa gambar dengan mereka.

20130826-123831.jpg
Altimet – pertama kali berjumpa sewaktu encik suami dan dia bagi talk di Kementeri Belia & Sukan tahun lepas. Member kamcing encik suami (tangan dibahu mata ke atas)

20130826-124719.jpg
Awi Rafael – Kalau Aku Kaya….

20130826-124807.jpg
Asmidar

Vrooommm Jom Beraya

Jom Beraya

Vroooom vrooommm jom pergi beraya nak?

Hujung minggu datang lagi, hari ini Iera cuti. Maka terpaksa ikut abang suami ke event dan open house rakan-rakan dia.

Comel tak kami berdua dalam gambar diatas?

Gambar diambil sewaktu open house Media Prima di One World Hotel semalam. (Iera ikut abang suami je).

Disini Iera kongsikan beberapa gambar yang Iera ambil bersama beberapa selebriti yang turut hadir.

20130824-110859.jpg
Pelakon Korea. Lupa nama dia tetapi dia comel sangat bila bercakap bahasa Melayu.

20130824-133430.jpg
Pelakon cilik yang Iera suka tengok lakonannya – Rykarl Iskandar. Petah bila dia berkata-kata.

Raya Pertama Dengan Suami

Raya Pertama Dengan Suami

Alhamdulillah, hujung minggu baru-baru ini baru dapat beraya dengan en. Suami.

Masa raya tempoh hari, Iera berkerja. Terpaksa ulang-alik KL ~ Perak. Sebab Iera nak beraya di sana walaupun berkerja.

En suami pula, hanya beraya dirumah. Katanya, tak best beraya sorang-sorang. Takut ada anak dara berkenan.

Sabtu baru ini dapat jemputan open house dari kenalan abang dan juga blogger. Maka kami habiskan masa bersama menziarahi rumah mereka.

20130819-073215.jpg
Ahad pula, selain open house. Iera dapat jemputan majlis perkahwinan kenalan waktu sekolah dulu di Johor. Tak sangka dia kerja setempat dengan Iera. Cantik isterinya.

Apa-apa pun terima kasih en. Suami yang sudi layan karenah isterinya dan sudi bawa Iera jenjalan beraya.

Rindu nak beraya di Johor. Tahun depan raya dekat Johor tau abang 🙂