Bila Rambut Baby Fisha Nak Lebat

Rambut Baby Fisha
Bilalah agaknya rambut Baby Fisha nak lebat ini.

Sudah nak masuk 7 bulan. Rambut tak lebat-lebat juga sejak cucur rambut sewaktu berusia sebulan.

Agaknya Fisha ikut keturunan Ummi kot, jenis lambat tumbuh rambut. Ummi dah puas sapu macam-macam minyak tapi tak berkesan.

Ada rakan difacebook bagitau,

Ade orang tua-tua pesan, letak lendir daun bunga raya, ramaskan dengan pucuk daun cili (jangan letak cili pulak huhu).Nanti ada masa, Iera cuba.

Fisha Teman Daddy Buat Kerja Di Ofis Lagi

Fisha Teman Daddy Kerja Lagi
Fisha hari ini, teman daddy buat kerja di ofis lagi. Semalam pun Fisha teman Daddy juga. Kan best kalau hari-hari macam ini.

Macam la daddy dia sanggup nak jaga hari-hari.

Baru lepas bawa Fisha pergi buat pemeriksaan di HUKM. Ramai cakap dia comel.. “Comel ke?”, soal daddy dia tiap kali Fisha buat muka comel.

Kena marah dengan daddy dia, tetap buat muka comel. Suka ek daddy marah-marah dia?

Fisha Teman Daddy Buat Kerja Di Ofis

Fisha Teman Daddy Kerja
Ini pertama kali bawa Fisha pergi ke ofis Daddy di Kelana Jaya. Iera pun pertama kali ke sini, sejak En Suami punyai ofis sendiri sekitar bulan Disember tahun lepas.

Fisha buat perangai pula.

Tak nak main dengan ummi. Asik nak berkepit dengan daddy dia.

Sian daddy dia nak buat kerja pun susah. Tapi bila tengok Fisha, dia tiada pula kacau daddy dia buat kerja. Elok saja duduk dekat riba daddy dia.

Bila ummi buat macam itu, mulalah memberontak.

Ikut perangai sape la nie?

Pengalaman Pertama Seorang Ibu

Pengalaman Seorang Ibu

Sudah sebulan setengah bergelar ibu kepada anak sendiri. Memang kehadirannya amat dinantikan oleh kami suami isteri.

Memang penat menjaga anak diawal tempoh kelahirannya.

Tetapi ianya masih mampu membuat aku tersenyum. Bila terpandang wajahnya buat aku teringat kepada ayahnya. Walaupun jarang berada sepanjang tempoh berpantang aku, dia tetap akan pulang.

Tapi tak pasti dia pulang sebab aku atau anak aku.

Sebab manjanya lebih kepada anak kami. Anak kami juga begitu. Mungkin betul kata orang, anak perempuan memang manja dengan ayahnya.