Shopping di Uptown / Downtown

danau kota

Mungkin ada yang memang sudah biasa shopping di Uptown atau downtown atau pasar malam. Dan mungkin ada juga yang tidak biasa, Apa beza uptown dan downtown tu sebenarnya pun kita tak tau sebab orang sebut camtu kita pun sebutlah camtu.

Dan terjadilah cerita semalam secara tiba-tiba husband ajak ke sana dengan tujuan utama katanya untuk mencari jersi Germany. Ohmaiii kita pun tak tahu mimpi apa husband kita ni tetiba nak jersi. Jersi??? Kalau jersi-jersi ni mesti pasal bola lah kan dan bila husband sebut Jerman maknanya memang bola lah kan kan kan. Sejak bila pulak lah husband kita ni minat bola??? ok whatever. Dahlah agak panas sebab kita pakai baju kurung. Macam kurang sesuai gitu.

Jalan punya jalan terbelilah jersi yang dicari-cari. Dan kita pun dapat 1. Kita pun pilih jersi Jerman julaklah kan sebab nak sama dengan husband dan sebab kita memang suka pakai baju sama dengan husband kita (sorrylah kalau ada yang geli nak termuntah ok)

Dan kita pun teruskanlah perjalanan lagi. Memang rambang mata yer kalau ke sana. Sebab macam-macam rasa nak beli. lagi-lagi tengok barangan untuk baby-baby. Tapi sebab kita tak bawa duit dan pakai duit husband kita, kita pun jadi macam seganlah nak beli macam-macam kan. Kalau dah plan awal-awal senanglah sikit kita nak prepare. Oklah takpa. Next time boleh ajak pergi lagi (tu pun kalau husband nak lah kan).

Ok bila dan selesai beli-belah (macamlah banyak sangatkan bunyinya) kami pun meneruskan perjalanan untuk menuju ke kereta sambil mata meninjau-ninjau sekeliling. Manalah tahu ada yang berkenan dihati kan.Tetiba nampak kedai jual jersi-jersi untuk bayi dan kanak-kanak. Opssssss terbelilah pulak untuk babyFisha baju dan skirt Germany.

Taraaaaaaaaa

2014-07-12-09-43-23_deco
comelkan!

ierasays: Next time mesti pergi. Dapat gi downtown cheras pun ok. Dekat sikit dengan HUKM. Hehe

Rezeki Kami Di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger
Rezeki kami suami isteri bila menyertai Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 tempoh hari.

Walaupun bukan iPhone 5s/5c atau iPad Mini. Kami tetap hargainya dan kehadiran kami adalah untuk memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan oleh Denaihati Network.

Alhamdulillah,

Iera menang cabutan bertuah dari Serverfreak. Dapat hosting, tapi tak tahu nak guna untuk apa.

Dan lagi satu, Iera menang cabutan bertuah bagi peserta yang mendaftar untuk menyertai Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 bagi minggu kedua.

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger

Encik suami pula menang tempat kedua cabaran Affiliate yang dianjurkan oleh Denaihati semperna Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014.

Tahniah juga buat rakan-rakan yang atas rezeki yang diperolehi dari Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 kali ini.

Hujung Minggu Di Bukit Malawati

Bukit Malawati
Tak tahu, apa mimpi encik suami. Sewaktu menonton tv di rumah, tiba-tiba beliau ajak keluar ke Kuala Selangor.

Pelik juga Iera, ingatkan beliau buang tabiat atau saja nak gurau-gurau. Sekali pandang mata dia, punyalah serius. Tak pernah dia serius macam ini jika diajak keluar jenjalan.

Rupanya dia nampak babak dalam tv yang di shooting area Kuala Selangor. Itu pasal, dia nak ke sana.

Dari rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang nak ke Kuala Selangor lebih kurang setengah jam. Sempat lagi berhenti dan menikmati Karipap Gergasi.

Bukit Malawati

Untuk naik ke puncak Bukit Malawati, anda boleh menaiki trem yang disediakan. Malangnya cuma ada pada hari minggu dan cuti am. RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Trem ini akan bawa anda ke puncak Bukit Malawati dan juga Taman Ikan Air Tawar, Kuala Selangor.

Bukit Malawati

Selain pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Terdapat juga monyet yang memeriahkan dan menceriakan suasana di atas Bukit Malawati.

Perlu berhati-hati dengan mereka walaupun nampak mereka ini jinak. Risau makanan atau barang milik anda boleh menjadi milik mereka.

Bukit Malawati

Waktu Iera datang tempoh hari, memang negara kita tengah mengalami fenomena suhu yang lebih sejuk dari kebiasaannya. Maka sewaktu di Bukit Malawati, terasa kedinginan sama seperti berada di Cameron Highland walaupun tengahari kami sampai di sana.

Sebab itu, Fisha boleh tidur lena walaupun ke sana ke mari kami bawa.

Gambar Sebelum Kahwin

Iera Kan - Isteri Bro Framestone

Gambar Iera sebelum kahwin.

Waktu ini keluar bersama dengan keluarga en suami pergi berjalan-jalan sekitar Putrajaya alang-alang nak tengok bakal adik ipar konvo di PICC.

Nak jadi macam ini balik. En Suami dah bagi hint suruh jaga badan selepas bersalin. Kalau tidak……

So cara terbaik, pujuk en suami sponsor pakej spa. Korang rasa, dia akan sponsor tak?

Kalau en suami nak sponsor pakej spa, baru semangat nak jadi macam dulu. Buat masa sekarang, berkorban dulu untuk anak kami yang baru lahir 🙂