Bro Framestone Dan Ben Ashaari

Bro Framestone Ben Ashaari
Cerita dah seminggu, baru nak upload gambar ini.

Bro Framestone dan juga Ben Ashaari. Dua-dua sudah jadi bapa, tetapi Ben sudah jadi bapa kepada 2 orang anak.

Bro Framestone pula, suami Iera. Bapa kepada Nur Elfisha.

Eh, rambut fesyen baru ek. Katanya nak tukar gaya penampilan (Rasanya tak lama punya, nanti kembali kepada yang asal).

Rasanya, kalau bukan sebab Ben. Kami berdua pasti tak kenal rapat sehingga ke jinjang pelamin. Ini semua gara-gara Ben buat gathering dan tahu Bro Framestone juga pergi.

Masa gathering, Bro pandang Iera…

Rasanya waktu itu kot, Dia “guna-guna”kan Iera hingga Iera tertarik pada dia. Entah, apa yang menarik pasal Bro pun Iera tak tahu. Fatin Liyana terkejut bila tahu Iera kahwin dengan Bro Framestone.

Apa-apun terima kasih sebab sudi jadi suami dan teman sehidup semati Iera.