Hari 4 : Buku Kegemaran Anda

Alhamdullilah akhirnya dapat juga kita kejar sampai hari keempat. Fuhhhhhh letih juga den mengejar. Ok untuk task yang keempat ni untuk #cabaran30hari dari #kelabbloggerbenashaari bertajuk “Buku Kegemaran Anda”. Iera percaya setiap orang mesti ada buku kegemaran masing-masing. Bergitu juga dengan iera.

Peratusan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia boleh dikatakan agak tinggi. Tapi kita tak tahu lah berapa peratus. Sebab mengikut pemerhatian kita setiap kali ada jualan buku macam Pesta Buku, Big Book Wolf, dan macam-macam jualan buku besar-besaran mesti jalan akan sesak dipenuhi oleh ulat-ulat buku walaupun sebenarnya pergi bukan untuk membeli buku. Bagus betul rakyat Malaysia ni. Kita bangga menjadi rakyat Malaysia.

Dalam banyak-banyak buku yang kita minat , kita nak share beberapa buku kita yang tak berapa banyak ni telah menjadi kegemaran kita.

Taraaaaaaaaaa

2014-09-04

2014-09-04

2014-09-04

Gambar yang last tu antara buku-buku yang iera belum sempat baca. Buku pilihan iera lebih kepada buku Jenayah dan penyiasatan. Contoh macam gambar diatas dan buku-buku Sherlock Homes. Dan kebanyak buku yang iera beli adalah keluaran dari FIXI sebab pada iera sangat minat dengan cover buku yang sangat simple. Dari segi harga pun ianya mampu milik. Iera tak berapa minat novel cintan cintun.

Cabaran 30 hari : Hari 1 : 5 Fakta Tentang Iera
Cabaran 30 hari : Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati iera
Cabaran 30 Hari : Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Iera

Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Iera

Meneruskan cabaran yang tertinggal. Cabaran yang ketiga yang bertajuk “sesuatu yang menguatkan anda”. Setiap orang pasti ada sesuatu yang akan menguatkan dirinya.Betul tak? Begitulah juga dengan iera. Dan pastinya yang menguatkan iera adalah orang yang paling dekar dengan diri iera. Dan tak lain dan tak bukan adalah keluarga iera.

Merekalah penguat iera yang sentiasa ada disisi iera 🙂

2014-09-04

Cabaran 30 hari : Hari 1 : 5 Fakta Tentang Iera
Cabaran 30 hari : Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati iera

10 Month Already

Asalammualaikum dan selamat pagi. Hari ni 4 september 2014 maka genaplah 10bulan umur #babyfisha. Ohhhhh terlalu cepat masa itu berlalu. Dah pandai taknak dekat orang especially lelaki kecuali daddy dan atuk dia.

Kalau dengan perempuan pulak agak memilih. Fisha lebih suka perempuan yang dah berumur like makcik-makcik and nenek-nenek. Kalau makcik-makcik or nenek-nenek hulur tangan confirm Fisha nak ikot. Ummi dah buat experiment dah. Dan hasil dari kajian ummi mendapati hasilnya adalah 99.9% adalah benar.

Yaaaa. Kenapa yer Fisha. Mungkin sebab Fisha rasa orang tua-tua ni ada lebih sifat keibuan dan akan berikan kasih sayang yang lebih (amboi ang ni demand yer Fisha).

Dan semperna Fisha dah 10bulan ni dan dah pandai jalan sikit-sikit. Setapak dua jatuh. Alhamdullilah sikit jer lagi yer anak. Fisha kena usaha lebih sikit yer sayang.

Maka daddy Fisha pun pagi-pagi dah ajak bersiap bawa Fisha jalan-jalan kat taman yang berhampiran.

2014-09-04-08-06-55_deco

2014-09-04

2014-09-04

2014-09-04

2014-09-04

Ummi dengan daddy bukan kaya nak belikan Fisha hadiah dan mainan-mainan yang mahal. Tapi insyaAllah kasih sayang ummi dan daddy sampai ke akhir hayat 🙂

Hari 2: 5 Cara Memenangi Hati Iera

Ok kita sambung untuk cabaran seterusnya. Dalam entri kedua yang bertajuk “5 Cara Memenangi Hati Anda”. Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk memenangi hati seorang yang lain.

Disini antara 5 cara yang iera rasa sangat berkesan pada diri iera:

1- My Husband! I sangat sensitif when people talk about my husband. Opkos la sensitif kan. mana ada isteri yang tak sayang suami. Dan dialah yang selalu pandai ambil hati iera. Dan kalau dia berfalsafahkan bini dia ni memang cair la.

2014-09-03-22-46-52_deco

2- Cake, Ice-cream dan Coklat. 3 benda yang manis dan menggemukkan ni yang sangat-sangatlah iera suka. Kalau dibagi memang senyum manjang. Bukan senyum sampai telinga jer. Siap senyum 360 darjah lagi. Kalau nak marah terus tak jadilah. Dan en.suami memang suka belikan kita benda-benda ni.

2014-09-04

2014-09-04
haaaa tengok. Memang menyelerakan kan!

3- NANDOS! Nandos ni memanglah cara untuk bagi kita hilang stress. In a month mesti akan makan Nandos ni. Dan tak tau la kenapa mesti kena makan benda ala ni. Sampaikan kat rumah pun ada stok sos Nandos 2,3 flavour. WAJIB. Dan tersangat-sangatlah rugi seseorang itu kalau dia cakap Nandos tu tak sedap. Memang kita marah. Hehehe

2014-09-04

4- Memancing. Ini adalah hobi masa lapang. Dulu masa baru-baru kahwin selalu lah gi memancing dengan ayah dan mak mertua. Laaa ni dah ada anak kecik susah nak cari masa lapang tu. Kalau ada masa lapang pun tak bawa pun babyfisha gi mancing. Bawa babyfisha jalan-jalan. Lagipun tak elokkan bawa baby gi tempat-tempat camtu. Bahaya. Rindunya nak gi memancing.

2014-09-04

2014-09-04

5- And the last is MY LITTLE GIRL Nur Elfisha. She always memenangi hati iera. Kalau tengah sedih ke marah ke tengok anak sendiri teruslah diri jadi tenang.

2014-09-04

Sekian 5 perkara yang selalunya make my world complete 🙂

 

Cabaran 30 hari : Hari 1 : 5 Fakta Tentang Iera

Iftar Bersama Denaihati di Shah Alam

iftarAlhamdullilah semalam berkesempatan berbuka puasa bersama Denaihati team dan beberapa rakan blogger di Laman Kayangan seksyen 7 Shah Alam. Memang meriah dengan kehadiran para blogger. Ada yang dah lama kenal dapatlah berborak-borak dan ada yang baru berkenal-kenal. Ada juga yang kita dah kenal tapi first time jumpa. Alhamdullilah.

Terima Kasih Bro Denai kerana sudi menjemput kami suami isteri.
Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam
Bersama baby Izz. Lena betol baby Izz tido. Orang bising-bising pun dia buat dek jer

ierasays: Tak dapat ambil banyak gambar pun sebab tengah sakit kepala. Tak dapat gak bersembang dengan semua orang. Sorry uolsss 🙁