Ditegur Fatin Liyana

Iera Kan dan Fatin Liyana
Gambar terbaru bersama blogger kesukaan ramai – Fatin Liyana. Bagi anda yang belum mengenali FL, boleh layari blog beliau di http://honeykoyuki.blogspot.com.

Jika sebelum ini, Iera yang menegur FL.

Kali ini, FL sendiri yang menegur Iera. Rasa macam segan disitu.

“Hai kak Iera, lama tak nampak?”

“Eh Fatin, akak baru lepas habis cuti bersalin” jawap Iera.

“Eh, bila akak bersalin? Tak tahu pun” jawap FL.

“Bulan 11 tahun lepas, tak sempat nak bagi tau sebab tak jumpa Fatin”

“Oh…. Dapat baby apa?”

“Dapat baby gurl… Hari itu, Abang Bro tak bagitau ke yang akak dah bersalin?”

“Tak de pula, cuma dia ada ajak Fatin jumpa dia dan akak hari itu. Tak tahu pula waktu itu akak baru lepas bersalin”

Banyak lagi benda yang kami sembangkan. Ke banyak selfie je nie? Jangan marah ek Encik Suami 🙂 Rilek Bro..!!!

Iera Kan dan Fatin Liyana

Iera Kan dan Fatin Liyana

Kenapa Iera buat muka macam nie? Adeh…!!!

Bertemu Dengan Bakal Dr. Fatin Liyana


Tak sangka bertembung dengan bakal doktor dan merangkap blogger kesukaan ramai – Fatin Liyana.

Rupanya dia posting dekat wad Iera sekarang. Pada mulanya tak beberapa nak cam muka dia, sebab dia pakai cermin mata.

Bila Iera tengok nametag dia, nama macam pernah dengar je. Adakah dia blogger yang abang teringin sangat nak jumpa tiap kali hantar Iera pergi kerja di HUKM.

Tak tahu nak mulakan perbualan macam mana.

Maka Iera tanya dia, “Ini Fatin Liyana blogger itu ke?”

“A’ah” jawap Fatin

“Fatin kenal tak blogger Bro Framestone?”

“Kenal, kenapa?”

“Dia suami akak”

“Eh, betul ke akak nie wife BroFramestone” jawap Fatin macam tak percaya.

“Suami akak teringin sangat nak jumpa Fatin. Tiap kali hantar akak pergi kerja, mesti dia akan cakap bila dapat jumpa Fatin Liyana”

Sure abang suka bila Fatin jawap macam tue. Ok, no fon Fatin dah ambil. Nanti kita set masa untuk berjumpa ek.