Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Iera

Meneruskan cabaran yang tertinggal. Cabaran yang ketiga yang bertajuk “sesuatu yang menguatkan anda”. Setiap orang pasti ada sesuatu yang akan menguatkan dirinya.Betul tak? Begitulah juga dengan iera. Dan pastinya yang menguatkan iera adalah orang yang paling dekar dengan diri iera. Dan tak lain dan tak bukan adalah keluarga iera.

Merekalah penguat iera yang sentiasa ada disisi iera 🙂

2014-09-04

Cabaran 30 hari : Hari 1 : 5 Fakta Tentang Iera
Cabaran 30 hari : Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati iera

10 Month Already

Asalammualaikum dan selamat pagi. Hari ni 4 september 2014 maka genaplah 10bulan umur #babyfisha. Ohhhhh terlalu cepat masa itu berlalu. Dah pandai taknak dekat orang especially lelaki kecuali daddy dan atuk dia.

Kalau dengan perempuan pulak agak memilih. Fisha lebih suka perempuan yang dah berumur like makcik-makcik and nenek-nenek. Kalau makcik-makcik or nenek-nenek hulur tangan confirm Fisha nak ikot. Ummi dah buat experiment dah. Dan hasil dari kajian ummi mendapati hasilnya adalah 99.9% adalah benar.

Yaaaa. Kenapa yer Fisha. Mungkin sebab Fisha rasa orang tua-tua ni ada lebih sifat keibuan dan akan berikan kasih sayang yang lebih (amboi ang ni demand yer Fisha).

Dan semperna Fisha dah 10bulan ni dan dah pandai jalan sikit-sikit. Setapak dua jatuh. Alhamdullilah sikit jer lagi yer anak. Fisha kena usaha lebih sikit yer sayang.

Maka daddy Fisha pun pagi-pagi dah ajak bersiap bawa Fisha jalan-jalan kat taman yang berhampiran.

2014-09-04-08-06-55_deco

2014-09-04

2014-09-04

2014-09-04

2014-09-04

Ummi dengan daddy bukan kaya nak belikan Fisha hadiah dan mainan-mainan yang mahal. Tapi insyaAllah kasih sayang ummi dan daddy sampai ke akhir hayat 🙂

Hari 2: 5 Cara Memenangi Hati Iera

Ok kita sambung untuk cabaran seterusnya. Dalam entri kedua yang bertajuk “5 Cara Memenangi Hati Anda”. Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk memenangi hati seorang yang lain.

Disini antara 5 cara yang iera rasa sangat berkesan pada diri iera:

1- My Husband! I sangat sensitif when people talk about my husband. Opkos la sensitif kan. mana ada isteri yang tak sayang suami. Dan dialah yang selalu pandai ambil hati iera. Dan kalau dia berfalsafahkan bini dia ni memang cair la.

2014-09-03-22-46-52_deco

2- Cake, Ice-cream dan Coklat. 3 benda yang manis dan menggemukkan ni yang sangat-sangatlah iera suka. Kalau dibagi memang senyum manjang. Bukan senyum sampai telinga jer. Siap senyum 360 darjah lagi. Kalau nak marah terus tak jadilah. Dan en.suami memang suka belikan kita benda-benda ni.

2014-09-04

2014-09-04
haaaa tengok. Memang menyelerakan kan!

3- NANDOS! Nandos ni memanglah cara untuk bagi kita hilang stress. In a month mesti akan makan Nandos ni. Dan tak tau la kenapa mesti kena makan benda ala ni. Sampaikan kat rumah pun ada stok sos Nandos 2,3 flavour. WAJIB. Dan tersangat-sangatlah rugi seseorang itu kalau dia cakap Nandos tu tak sedap. Memang kita marah. Hehehe

2014-09-04

4- Memancing. Ini adalah hobi masa lapang. Dulu masa baru-baru kahwin selalu lah gi memancing dengan ayah dan mak mertua. Laaa ni dah ada anak kecik susah nak cari masa lapang tu. Kalau ada masa lapang pun tak bawa pun babyfisha gi mancing. Bawa babyfisha jalan-jalan. Lagipun tak elokkan bawa baby gi tempat-tempat camtu. Bahaya. Rindunya nak gi memancing.

2014-09-04

2014-09-04

5- And the last is MY LITTLE GIRL Nur Elfisha. She always memenangi hati iera. Kalau tengah sedih ke marah ke tengok anak sendiri teruslah diri jadi tenang.

2014-09-04

Sekian 5 perkara yang selalunya make my world complete 🙂

 

Cabaran 30 hari : Hari 1 : 5 Fakta Tentang Iera

Hari 1 : Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Iera

Assalammualaikum. Punyalah dah bertahun tak update blog sebab dah macam malas dan kekurangan masa. Hari ni tetiba semangat yang berkobar-kobar untuk update blog muncul,bila tengok facebook ramai rakan-rakan blogger yang menyahut cabaran 30 hari dari #KelabBloggerBenAshaari.

Siapa yang tak kenalkan blogger femes BenAshaari. Walaupun iera tak berapa rapat sangat dengan rakan-rakan blogger, tapi still nak beranikan diri dan berkenalan rapat dengan mereka dengan menyahut #cabaran30hari ni.

Hope rakan-rakan blogger sudi berkenal-kenal dan bertegur dengan iera sebab iera ni tak berapa nak ramah ni 🙂

2014-09-03-18-08-58_deco

Hai. Just call me iera or ierakan or kak iera. Ini adalah gambar yang terbaru iera.

5 Fakta tentang Iera:

  1. Iera merupakan anak sulung. adik beradik dan sedara mara panggil Kak Yong (tapi kita bukan gangster kak yong kawasan tau walaupun muka kita garang)
  2. Iera tak suka ambil gambar sorang-sorang berdiri macam model. Kalau tengok gambar iera jarang gambar iera sorang. Biasa mesti ada sekali gambar en.suami , babyFisha atau kawan-kawan. Kalau tak pun mesti bergambar dengan sesuatu like makanan.
  3. Muka iera nampak matang dari usia. Sebab tu kalau ikut en.suami pergi ke event. Mesti orang akan panggil iera kakak. Dikalangan blogger pun walaupun iera lagi muda kadang-kadang orang panggil kakak sebab muka iera nampak mature. Sebenarnya umur iera baru 24tahun 🙂 . But i dont care if uollss nak panggil i kakak.
  4. I am a NURSE. yaaaaa jururawat.
  5. Iera sangat suka baby dan kanak-kanak. Sebab tu iera bertugas di wad baby NICU (neonatal intensif care unit)

Inilah 5 Fakta tentang diri iera. Ada lagi 2 cabaran yang perlu dikejar sampai ke hari ini sebab dah terlambat join. Hope babyfisha tak kacau ummi update blog.