Mesyuarat Bersama Blogger Ibu Di Wangsa Walk

persatuan mak blogger
Abg tiba-tiba ajak keluar bertemu dengan blogger di Wangsa Walk.

Tak penat ke dia nie. Balik kerja, siap-siap terus nak ke sana. Sudah berjanji dengan blogger nak berjumpa pukul 8 malam.

Tengok jam pada handphone lagi 5 minit nak pukul 8 malam.

Sempat ke nak gerak dari Rawang ke sana dalam masa 5 minit. Best dapat bahan dia time ini 🙂

Sampai Wangsa Walk nak dekat pukul 9 malam. Lokasi pertemuan di Georgetown White Coffee. Tak sangka bertemu pula dengan rakan sekolah dulu.

Dalam pukul 9 lebh baru blogger-blogger ibu yang lain datang. Antaranya Kak Mia Liana, Mak Dara, Mak Lady (Mak kepada blogger Jejari Runcing).

Iera hanya mampu tertunduk malu, sebab tak lama lagi akan join kelab mereka.

Kembar Blogger Jejari Runcing

Bersama Elia pemilik blog Jejari Runcing yang Iera temui sewaktu majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network.

Ini merupakan kali pertama kami berjumpa. Selama ini, kami banyak bersembang di Instagram.
elia jejari runcing iera kan
Ramai yang cakap muka kami serupa. Tang mana yang sama pun, iera tak tahu.

Iera tak perasan Elia juga turut ada di sana. Waktu itu, Iera lambat sampai sebab baru habis shift pagi. Terus bergegas ke sini.

Sewaktu berjalan nak ambil makanan, tiba-tiba ada orang yang tegur. Iera pusing dan nampak seseorang yang mukanya macam biasa Iera tengok.

Rupa-rupanya Elia. Comel dan peramah orangnya. Terima kasih kerana sudi bertegur dengan Iera.

Ada rezeki kita jumpa lagi ek.