Violet Lim Tubuhkan Syarikat Lunch Actually Bagi Memudahkan Seseorang Temui Jodoh

Violet Lim Tubuh Lunch Actually Temui JodohPuan Violet Lim, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga co-founder Kumpulan Lunch Actually yang diasaskan pada tahun 2004.

Kemahiran & kepakarannya menjodohkan orang lain diiktiraf dimana beliau merupakan ‘certified matchmaker’ yang ditauliahkan oleh Matchmaking Institute New York.

Beliau melihat ia sebagai satu peluang perniagaan dalam dunia yang kompetitif di mana kehidupan profesional yang sibuk dengan kerja dan kurang masa untuk bersosial.

Melalui penilaian yang dibuat pada keluarganya, teman dan rakan- sekerja yang mengadu tidak punyai masa untuk bercinta kerana jadual yang terlalu sibuk, memberi lebih kenyakinan kepada Violet.

Oleh itu, beliau mula menubuhkan sebuah syarikat mencari jodoh sendiri dipanggil Lunch Actually pada tahun 2004 bersama tunangnya, yang kini merupakan suaminya, Mr Jamie Lee.
Continue reading