Ikan Pacu : Penantian 2 Jam Mendatangkan Hasil

ikan pacu kolam rawang
Penantian hampir 2 jam berhasil juga.

Ikan Pacu berjaya didaratkan sewaktu memancing bersama ayah mertua di salah satu kolam berdekatan dengan rumah sewa di Rawang.

Agak besar juga ikan yang kami perolehi ini.

Tengah fikir nak masak apa ikan ini. Nak sumbat dalam peti ais macam tak muat. Perlu potong-potong dan bahagi sebahagian kepada mertua.

Mak mertua dah tercongak-congak nak masak apa dengan ikan ini.
ikan pacu
Info mengenai Ikan Pacu.

Ikan Pacu, adalah saudara dekat kepada ikan piranha. Berlawanan dengan piranha, ia tidak memiliki gigi yang tajam dan biasanya tidak agresif.

Ikan Pacu memiliki bentuk gigi yang bersegi empat dan lurus menyerupai gigi manusia. Gigi ini digunakan untuk memotong sayur-sayuran yang hidup di dalam air. Meskipun, rupanya yang menyerupai piranha, Pacu tidak sesuai untuk memakan daging, dan diet semulajadinya lebih kepada kekacang.

Ikan ini membesar dengan cepat: sehingga satu kaki panjang dalam masa setahun, dan 30 inci (75 cm) semasa matang.

Memancing Lombong Di Bidor, Perak

Cuti Christmas pulang ke Perak. Ikutkan plan asal nak cuba memancing udang. Tetapi ayah mertua bagitau, kalau time cuti sungai ramai orang, tak selesa nak memancing atau menaiki bot.

Maka plan memancing udang terpaksa dibatalkan.

Mungkin dilain masa asalkan bukan masa tengah cuti umum. Itu yang diperkatakan oleh ayah mertua.

Kalau tanya abang, dia hanya mengangguk je. Tengok gaya dia macam kurang berminat dengan aktiviti memancing.

Ayah mertua mencadangkan aktiviti lain iaitu memancing ikan talapia dekat lombong di Bidor. Macam menarik dan abang juga nak ikut (tengok gaya macam terpaksa ikut)

Sampai je Lombong, terpaksa minta abang pasangkan mata kail dan cacing sekali. Nampak cute je dia pasangkan.

Iera ingatkan abang tak pandai memancing, rupanya dia pernah memang pertandingan memancing dan dulu masa kecil dia memang suka memancing.

Tapi kenapa sekarang dia tak suka memancing. Tak kan nak salahkan facebook?

Apa-apa pun Iera dapat ikan paling besar hari itu. Sorry gambar tak sempat nak ambil.

Memancing Ikan Patin

Tengah menghabiskan cuti tahun yang masih berbaki.

Suami pula berkerja hari ini. Agak bosan nak lepak dirumah.

Mertua ajak teman mereka memancing dekat kolam berdekatan dengan Bandar Tasik Puteri, Rawang. RM21 untuk 3 jam. Kira sejam RM7. Tiadalah mahal sangat.

Nampak gaya lepas ini, rajinlah mertua Iera lepak Rawang semata-mata nak pergi memancing.

Abang pula macam sudah tak berminat nak memancing. Mungkin komitment pada kerja dan nak mencari nafkah untuk keluarga lebih utama.

Hasil tangkapan untuk hari ini. Tapi tak tau nak masak apa 🙂

Kalau tanya abang, mesti punya dia akan cakap “Abang nak Gulai Tempoyak Ikan Patin”

Teringin nak memancing dengan abang…….