Sebulan Sebelum Kelahiran

20131011-103943.jpg

Tinggal lagi sebulan sebelum Iera bersalin. Tetapi takut juga bersalin awal seperti adik ipar Iera.

Selamat baby yang dia lahirkan sihat dan cukup sifatnya.

Iera baru scan, baby sihat dan berada dalam kedudukan tunggu masa nak keluar je. Jantina pun baru dapat tahu (selama ini, dia sembunyikan alat dia) malu kot dengan mak bapa dia.

Doakan Iera selamat melahirkan baby kami berdua 🙂

Usia Kandungan – 32 Minggu

20130919-074347.jpg

Sedar tak sedar, usia kandungan Iera sudah memasuki 32 minggu. Tinggal beberapa minggu sebelum due.

Berdebar rasanya, sebab ini pengalaman pertama buat Iera.

Selamat ada encik abang yang sudi menemani Iera hari ini. Kalau tidak, Iera sensorang je datang HUKM untuk buat pemeriksaan.

Pasti encik abang tak cukup tidur. Sudah la malam tadi dia balik lewat. Terpaksa bangun seawal 5 pagi untuk bergerak awal dari Rawang ke HUKM.

Tak sanggup nak tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Cukuplah pengalaman tempoh hari dia rasai.

Harap nanti, encik abang sudi temani Iera. Dah tak lama dah sayang.